Tuesday, August 13, 2013

Hari-hari yang berlalu

Susahnya nak mula menaip untuk siapkan assignment.  Buka je lappy mulalah blog hopping n baca cerpen.. Buku cerita pula melambai-lambai... Haih...  Baru je habiskan baca One day You'll Be Mine untuk kali ke dua.. Cerita yang ok... tapi macam mendatar je selepas keterujaan membaca 13 Jam A380...tapi ada satu muka surat yang penuh pengajaran....

Allah telah menentukan sesuatu yang terjadi ke atas hamba-Nya.  Tetapi jikalau yang ditentukan-Nyaitu bukanlah yang kita kehendaki, maka janganlah kita bersedih serta berdukacita.  Meskipun kita kehilangan sesuatu yang amatt bernilai kepada kita, janganlah berdendam kepada Allah.  Sesungguhnya Dia lebih mengetahui.  Cuba kita ukur, banyak mana yang diambil daripada kita jika dibandingkan apa yang diberikan-Nya.  Apabila sesuatu musibah menimpa, mengapa harus kita berdukacita?  Allah mengambil sesuatu daripada kita untuk memberikan sesuatu yang lebih baik lagi.  Kadang-kadang manusia berasa dukacita kerana beban yang terlalu banyak.  Masalah keluarga, masalah anak, masalah kerja dan sebagainya.  Selagi seorang manusia itu hidup di atas muka bumi Allah, selagi itulah dia akan diuji dengan masalah.  jika seseorang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini.  Masalah yang kita lali akan mematangkan akal serta memantapkan peribadi kita.

Berlapang dada kepada Allah, yakin bahawa Allah menentukan segalanya.  Yakinlah.

                                                                                                     ms 93..One Day You'll Be Mine


Thursday, July 25, 2013

Blog Baru

Baru je siapkan assigment EDU3105.  Rasa Kembang Kepala.  Hari ni dah jadi nyanyuk dan pelupa dah tua aku agaknya.  Ibarat kata Kak Zalaha banyakkan maka kismis dan badam lah nampaknya lepas ni.